pisang goreng atau goreng pisang?

  



 Apa itu Hukum D-M?

Hukum D-M digunakan untuk memastikan frasa nama digunakan dengan betul. 



D bermaksud benda atau perkara atau objek. '. M pula bermaksud  membuat atau sifat benda tersebut. Contohnya:-





Frasa Nama
Diterangkan (D)
Menerangkan (M)
guru
orang
askar
kelapa
baju
pam
penulis
Sabarudin
bahasa
lelaki
melayu
sawit
kemeja
angin
buku
tukang kasut




Ringkasnya, untuk menyebut frasa nama, kita mestilah menyebut nama benda dahulu, barulah diikuti dengan menerangkan sifatnya;-




  ikan besar bukannya besar ikan




kipas putih bukannya putih kipas 


pisang goreng bukannya goreng pisang





Restoran Ali Maju bukannya Ali Maju Restoran




Klinik Gigi bukannya Gigi Klinik



Contoh-contoh lain:
  • perkara-perkara lain bukannya lain-lain perkara
  • negeri lain bukannya lain negeri
  • Hal-hal lain bukannya lain-lain hal



Walau bagaimanapun, terdapat juga frasa nama yang terkecuali daripada hukum D-M. Hal ini demikian kerana frasa nama tersebut telah digunakan secara meluas, contohnya:-



  1. perdana menteri
  2. timbalan menteri
  3. naib presiden
  4. ibu pejabat
  5. pembantu penyelidik 
  6. penolong penyelia
  7. poskad


Yang berikut dinyatakan contoh penggunaan hukum D-M yang tepat dalam bentuk ayat. 

 
Salah
Betul
Saya suka makan goreng pisang.
Saya suka makan pisang goreng.
Ibu membeli cili sos dan gula di kedai.
Ibu membeli sos cili dan gula di kedai.
Ayah membeli makanan di Arina Restoran.
Ayah membeli makanan di Restoran Arina.
Adik dilahirkan di Raja Klinik.
Adik dilahirkan di Klinik Raja.


8 comments: