Apa itu Hukum D-M?
Hukum D-M digunakan untuk memastikan frasa nama digunakan dengan betul.
D bermaksud benda atau perkara atau objek. '. M pula bermaksud membuat atau sifat benda tersebut. Contohnya:-
Frasa Nama | |
Diterangkan (D) | Menerangkan (M) |
guru orang askar kelapa baju pam penulis Sabarudin | bahasa lelaki melayu sawit kemeja angin buku tukang kasut |
Ringkasnya, untuk menyebut frasa nama, kita mestilah menyebut nama benda dahulu, barulah diikuti dengan menerangkan sifatnya;-
ikan besar bukannya besar ikan
kipas putih bukannya putih kipas
pisang goreng bukannya goreng pisang
Restoran Ali Maju bukannya Ali Maju Restoran
Klinik Gigi bukannya Gigi Klinik
Contoh-contoh lain:
- perkara-perkara lain bukannya lain-lain perkara
- negeri lain bukannya lain negeri
- Hal-hal lain bukannya lain-lain hal
Walau bagaimanapun, terdapat juga frasa nama yang terkecuali daripada hukum D-M. Hal ini demikian kerana frasa nama tersebut telah digunakan secara meluas, contohnya:-
- perdana menteri
- timbalan menteri
- naib presiden
- ibu pejabat
- pembantu penyelidik
- penolong penyelia
- poskad
Yang berikut dinyatakan contoh penggunaan hukum D-M yang tepat dalam bentuk ayat.
Salah | Betul |
Saya suka makan goreng pisang. | Saya suka makan pisang goreng. |
Ibu membeli cili sos dan gula di kedai. | Ibu membeli sos cili dan gula di kedai. |
Ayah membeli makanan di Arina Restoran. | Ayah membeli makanan di Restoran Arina. |
Adik dilahirkan di Raja Klinik. | Adik dilahirkan di Klinik Raja. |
sedapnya pisang kerepek ini.
ReplyDeletePengat pisang ke pisang pengat?
ReplyDeletebiasa budak2 je panggil pisang goreng.
ReplyDeletetengahhari ke tengah hari
ReplyDeletetengahari😅
Deletepenghawa dingin ke pendingin hawa?
ReplyDeletepenghawa.. sangat dingin...jadinya penhawa dingin
DeleteMohon shre ye
ReplyDelete