Kata Ganda




definisi 

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi atau menggandakan kata dasar. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak


  


penggandaan penuh



Penggandaan ini melibatkan proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu berimbuhan ataupun tidak. Contoh:


     tiba-tiba                               sungguh-sungguh
     Persatuan-persatuan             kunang-kunang
     perusahaan-perusahaan        pelajar-pelajar




PENGGANDAAN SEPARA



definisi

Penggandaan separa melibatkan proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh berupa kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan ini boleh 
berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.





  • Penggandaan separa pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar




    • Vokal dalam bentuk gandaan akan mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e seperti:

          
                      langit-   lalangit   -      lelangit

                      tikus    -   titikus   -   tetikus




          

          

    • Kata dasar berimbuhan yang mengalami penggandaan separa hanya perlu digandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali.



    • Biasanya penggandaan ini berlaku pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata dasar tertentu seperti:


    1. Penggandaan separa pada bahagian hadapan kata dasar


                bantu-membantu
                kasih-mengasihi
      



       2. Penggandaan separa pada bahagian belakang kata dasar


                berkali-kali
                tersenyum-senyum







    PENGGANDAAN BERENTAK



    DEFINISI



    Penggandaan ini melibatkan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis 
    iaitu:


    • Penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:


                desas-desus           bolak-balik
                mundar-mandir      mandi-manda







    • Penggandaan berentak pengulangan vokal. Contohnya:


                saki-baki               selok-belok
                hingar-bingar        gotong-royong



    • Penggandaan berentak pengulangan bebas. Contohnya:


               kelam-kabut          saudara-mara
               lintang-pukang

       

    No comments:

    Post a Comment